MELAKA, 4 November – Kementerian Belia dan Sukan (KBS) menyalurkan peruntukan berjumlah RM1.6 juta kepada pertubuhan belia serta persatuan sukan di Melaka bagi melaksanakan pelbagai program pembangunan sehingga September 2026.
Menteri Belia dan Sukan, Dr Mohammed Taufiq Johari berkata, peruntukan itu disalurkan menerusi Dana Sukan Komuniti (DSK) dan e-Bantuan Sistem Pengurusan Sukan Bersepadu (SPSB).
Selain bantuan kewangan, KBS turut melaksanakan projek menaik taraf kemudahan sukan komuniti, termasuk gelanggang futsal, sepak takraw dan petanque, Pusat Skuasy Hang Jebat serta Kompleks Majlis Sukan Negara Saujana Asahan.
Menurut beliau, lebih 64,000 anak muda telah menerima manfaat daripada pelbagai inisiatif yang dilaksanakan, termasuk program pembangunan sukan di peringkat akar umbi.
KBS turut menegaskan komitmen untuk meneruskan usaha memperkasakan sukan dan membangunkan golongan belia agar manfaatnya dapat diperluaskan di seluruh Melaka.
Sumber: Bernama
