ALBUQUERQUE – Seorang banduan hamil melarikan diri selepas mengambil alih kenderaan pengiring yang membawanya pulang dari pemeriksaan pranatal di Albuquerque, New Mexico, Amerika Syarikat, pada Rabu.

Jabatan Penjara New Mexico mengenal pasti wanita itu sebagai Rebecca Taylor, 26, yang sedang menjalani hukuman penjara bagi beberapa kes kecurian dan pecah masuk. Seorang lagi banduan yang turut dibawa pulang selepas pemeriksaan pranatal sempat keluar daripada kenderaan sebelum Taylor memandu pergi.

Pihak berkuasa telah menemui semula kenderaan pengiring serta pakaian seragam penjara Taylor. Setakat laporan diterbitkan, Taylor masih belum diberkas dan operasi mencarinya melibatkan beberapa agensi penguatkuasaan.

Kawalan ketat sementara di semua penjara negeri itu ditamatkan pada pagi Khamis. Bagaimanapun, sekatan pergerakan dan larangan lawatan masih berkuat kuasa di Penjara Western New Mexico, tempat Taylor menjalani hukuman.

Sumber: Astro AWANI