KUALA LUMPUR – Masalah jerebu masih membimbangkan apabila 27 kawasan di seluruh negara mencatatkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat setakat jam 9 pagi Isnin.
Johan Setia, Selangor merekodkan bacaan tertinggi iaitu 173, diikuti Nilai, Negeri Sembilan (169) dan Bukit Rambai, Melaka (168).
Kawasan lain yang turut terjejas termasuk Batu Muda (162), Petaling Jaya (160) dan Pasir Gudang (164).
Menurut data APIMS, hanya tiga kawasan mencatatkan kualiti udara baik, manakala 38 stesen berada pada tahap sederhana.
Orang ramai, terutama kanak-kanak, warga emas dan individu yang mempunyai masalah pernafasan, dinasihatkan mengurangkan aktiviti luar sepanjang keadaan berjerebu.
Sumber: Astro AWANI
