KOTA BHARU – Jumlah aduan terhadap warga polis Kelantan meningkat kepada 330 kes pada 2026, berbanding 224 kes tahun lalu, iaitu pertambahan sebanyak 106 aduan.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusoff Mamat berkata, peningkatan itu menjadi peringatan kepada seluruh anggota supaya sentiasa menjaga disiplin dan integriti ketika menjalankan tugas.

Menariknya, jumlah Kertas Siasatan Tatatertib kekal 75 kes bagi kedua-dua tahun, manakala Kertas Enkuiri Tatatertib menurun daripada 24 kepada 11 kes.

Beliau turut menegaskan bahawa setiap aduan perlu ditangani secara profesional dan adil kerana salah laku seorang anggota boleh menjejaskan imej keseluruhan pasukan.

Sumber: Astro AWANI