LHASA, CHINA – Sekurang-kurangnya 16 orang maut manakala 32 lagi cedera selepas gempa bumi berukuran 7.0 magnitud melanda Daerah Baqen, Bandar Nagqu di Wilayah Autonomi Xizang, barat daya China, pada malam Khamis.
Menurut laporan agensi berita Xinhua, gempa berlaku pada jam 10.33 malam waktu Beijing. Daripada jumlah mangsa yang cedera, 11 dilaporkan berada dalam keadaan parah manakala 21 lagi mengalami kecederaan ringan.
Bencana itu turut menyebabkan lebih 300 rumah runtuh, sementara penilaian terhadap tahap kerosakan masih diteruskan oleh pihak berkuasa.
Pasukan penyelamat dan anggota polis telah dikerahkan ke kawasan terjejas bagi melaksanakan operasi bantuan serta menyelamat mangsa.
Pihak berkuasa turut meneruskan usaha menilai kerosakan dan menyalurkan bantuan kepada penduduk yang terjejas akibat bencana berkenaan.
Sumber: Astro AWANI
