SEREMBAN, 11 November – Dua Pegawai Belia dan Sukan (S9) daripada Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia (BPKB), Kementerian Belia dan Sukan (KBS), menerima pengiktirafan menerusi Pentauliahan Profesionalisme Kerja Belia Kali Ke-3 Tahun 2026.
Dua pegawai berkenaan ialah Encik Mohamad Akmal Md Ruslan dan Cik Fitriya Abu Mansur.
Majlis pentauliahan tersebut disempurnakan oleh Menteri Belia dan Sukan, Dr Mohammed Taufiq Johari dalam satu majlis yang berlangsung di Royale Chulan, Seremban, Negeri Sembilan pada 11 November 2026.
Turut hadir ialah Ketua Setiausaha KBS, Datuk Rahimi Ismail dan Pengarah Kemahiran BPKB, Mohd Sukri Ismail.
Pentauliahan ini merupakan pengiktirafan terhadap kompetensi, pengetahuan dan profesionalisme pegawai dalam bidang kerja belia.
Pengiktirafan berkenaan juga diharap dapat meningkatkan kualiti penyampaian perkhidmatan serta memperkukuh komitmen warga KBS dalam melaksanakan agenda pembangunan belia negara, khususnya dalam bidang pembangunan kemahiran.
Sumber: Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia (BPKB), KBS
