CUPERTINO – Peminat Apple mungkin bakal menerima kejutan apabila syarikat teknologi itu mengumumkan acara ‘Pro and Tell’ pada 29 Oktober ini, jam 1 pagi waktu Malaysia.
Antara yang dijangka mencuri perhatian ialah MacBook Pro pertama dengan skrin sentuh OLED, cip M5 Pro dan M5 Max serta reka bentuk lebih nipis.
Model baharu itu juga dikatakan hadir dalam pilihan 14 inci dan 16 inci.
Bukan itu sahaja, Apple turut dijangka memperkenalkan iPad Mini baharu dengan skrin OLED buat kali pertama.
Bagaimanapun, Apple masih belum mengesahkan senarai produk yang bakal dilancarkan. Peranti baharu itu dilaporkan mungkin memasuki pasaran seawal November depan.
Sumber: Astro AWANI
