MELBOURNE – Ahli Parlimen Australia, Helen Haines, 65, kini berada dalam keadaan kritikal selepas dirempuh sebuah kereta di luar pejabatnya di Wangaratta, Victoria pada petang Isnin.

Lebih mengejutkan, polis turut menemukan sebilah pisau dalam kenderaan yang dipercayai terlibat dalam kejadian itu.

Seorang lelaki berusia 43 tahun ditahan di lokasi dengan bantuan orang awam sebelum diserahkan kepada polis.

Haines pula dikejarkan ke hospital sebelum diterbangkan ke Melbourne untuk rawatan lanjut.

Perdana Menteri Australia, Anthony Albanese menyifatkan kejadian itu membimbangkan, namun motif sebenar masih belum dipastikan.

Unit antikeganasan turut terlibat dalam siasatan bagi menentukan sama ada pelanggaran tersebut disengajakan.

Sumber: Astro AWANI