Keadaan jerebu di Johor semakin membimbangkan apabila Larkin mencatatkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) 199 setakat jam 2 petang, hanya dua mata lagi sebelum memasuki kategori Sangat Tidak Sihat.
Pasir Gudang pula kekal mencatatkan bacaan tertinggi negara iaitu 207, sekali gus menjadi satu-satunya kawasan dalam kategori Sangat Tidak Sihat.
Menurut data Jabatan Alam Sekitar (JAS), sebanyak 31 daripada 68 stesen pemantauan di seluruh negara merekodkan bacaan melebihi paras sihat.
Kawasan lain yang turut mencatatkan bacaan tinggi termasuk Johan Setia (186), Nilai (184) dan Pengerang (181).
Lebih membimbangkan, tiada satu pun stesen pemantauan merekodkan kualiti udara kategori Baik setakat jam 2 petang.
Sumber: Astro AWANI
Foto: Sinar Harian
