Bekas Perdana, Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) pada malam 29 September untuk menjalani pemerhatian. Anak beliau, Tan Sri Mokhzani Mahathir berkata keadaan bapanya baik dan tidak ada yang perlu dibimbangkan pada masa ini.

Mokhzani berkata keputusan membawa Dr Mahathir ke IJN dibuat selepas beberapa hari yang mencabar susulan pemergian isterinya, Allahyarham Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali.

“Dua hari lepas sangat memberi tekanan buat Tun M. Buat masa ini, beliau okey dan tidak dalam keadaan yang merisaukan,” katanya kepada Bernama.

Dr Siti Hasmah, 100, meninggal dunia di IJN pada pagi 28 September. Beliau dikebumikan pada hari yang sama di Pusara Negara, Presint 20, Putrajaya, dengan Istiadat Pengebumian Negara.

Sebelum pemergian isterinya, Tun Dr Mahathir berada di IJN untuk menemaninya sepanjang menerima rawatan, menurut anak mereka yang seorang lagi, Datuk Seri Mukhriz Mahathir.