KUALA LUMPUR – Jaguh berbasikal trek negara, Datuk Azizulhasni Awang mendedahkan dua insiden himpitan oleh pelumba Poland menjejaskan peluangnya mara ke separuh akhir acara keirin Kejohanan Berbasikal Trek Dunia 2026 di Shanghai, China.

Menurut The Pocket Rocketman, insiden pertama berlaku di selekoh pertama sebelum sekali lagi dihimpit lebih kuat di selekoh ketiga, menyebabkan momentum dan kelajuannya terjejas.

Akibatnya, beliau menamatkan perlumbaan suku akhir di kedudukan terakhir.

Bagaimanapun, Azizulhasni tetap mengambil tanggungjawab terhadap prestasinya dan berjaya mencatat masa 9.564 saat dalam kelayakan acara pecut individu.

Walaupun terkandas, beliau berpuas hati kerana berjaya mengumpul mata penting untuk kelayakan Sukan Olimpik Los Angeles 2028.

Sumber: Astro AWANI